KEMAMAN: Fenomena kepala air yang berlaku di Jeram Mawar, Air Putih, kelmarin, dipercayai menyebabkan peningkatan air sungai yang mendadak setinggi lebih lima meter. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, berdasarkan kesan air dan lumpur yang dilihat di lokasi kejadian, pihaknya percaya kejadian berlaku pantas menyebabkan 10 mangsa yang berada di lokasi kejadian berkemungkinan tidak sempat menyelamatkan diri. “Kita percaya kejadian berlaku sekitar pukul 5 hingga 6 petang Sabtu lalu yang mana ketika kejadian, kesemua mangsa dipercayai sedang leka mandi di kawasan jeram tersebut dan air mendadak naik dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya