Kebolehpasaran graduan TVET 92.5 peratus, bukan lagi peluang pendidikan kedua - Utusan Malaysia

Kebolehpasaran graduan TVET 92.5 peratus, bukan lagi peluang pendidikan kedua

AHMAD ZAHID Hamidi menyaksikan pertukaran dokumen usahasama antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Ni Hsin EV Tech Sdn. Bhd. (NH EV Tech) di Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

KEPALA BATAS: Kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang meningkat kepada 92.5 peratus tahun ini membuktikan institusi itu bukan peluang pendidikan kedua.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET seharusnya dijadikan keutamaan, malah pelajar yang mungkin tidak berprestasi tinggi dalam bidang akademik boleh memilih institusi TVET sebagai platform untuk menyambung pengajian.

“Justeru, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama 10 kementerian lain akan melaksanakan dasar baharu bagi memastikan TVET terus maju di bawah pimpinan Kerajaan Madani,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata demikian pada Program Sentuhan Kasih Desa – Sesi Bual Bicara Komuniti TVET di sini hari ini yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada program sama, beliau turut menyaksikan pertukaran dokumen usahasama antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Ni Hsin EV Tech Sdn. Bhd. (NH EV Tech).

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, dasar baharu yang menggariskan gaji minimum sehingga RM2,000 sebulan untuk graduan TVET perlu dilaksanakan selari dengan kebolehpasaran dan permintaan tinggi graduan terbabit daripada pihak industri.

Jelas beliau, adalah tidak adil apabila graduan TVET menerima gaji minimum RM1,500 seperti pekerja lepasan sekolah.

“Kalau lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) masuk ke bidang industri diberikan gaji minimum RM1,500, dasar majikan seluruh negara juga tetapkan jumlah sama untuk graduan TVET.

“Ini tidak adil buat graduan lepasan TVET, justeru niat saya mahu minta satu saja.

“Perdana Menteri kena beri dasar baru, kelulusan keluaran TVET kena gaji minimum RM2,000,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya