KBS peruntuk RM500,000 buat belia Pulau Pinang - Utusan Malaysia

KBS peruntuk RM500,000 buat belia Pulau Pinang

HANNAH Yeoh (tengah) bersama para peserta program sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang di Padang Kota Lama, George Town hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan sebanyak RM500,000 menerusi Dana Sukan Komuniti kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pulau Pinang bagi memenuhi keperluan program belia setempat.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, golongan belia yang mempunyai program dan aktiviti yang bakal dijalankan boleh mengemukakan permohonan kepada JBSN bagi mendapatkan bantuan pembiayaan menerusi peruntukan terbabit.

“Hasrat kita adalah mahu fokus kepada lebih banyak pengisian aktiviti sihat buat golongan belia menerusi platform Rakan Muda.

“Ini adalah mandat yg telah diamanahkan kepada JBSN Pulau Pinang untuk menganjurkan program khas buat belia di negeri ini setiap minggu.

“Peruntukan terbabit boleh digunakan dalam setengah tahun ini dan anak muda boleh memanfaatkannya dan bagi yang ada program, bolehlah mohon kepada JBSN,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Hannah merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Jelajah Mini Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang di Padang Kota Lama, di sini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, menerusi Jawatankuasa RTG, pencarian bakat baharu sukan breakdance (B-Boys) turut sedang dijalankan dengan kerjasama sebuah syarikat penerbitan televisyen.

“Ramai yang tidak tahu sukan bagi kategori breakdance ini telah dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA Kemboja Mei lalu dan atlet negara, Sam Jee Lek atau lebih dikenali sebagai Lego Sam berjaya meraih pingat emas.

“Justeru, kementerian berharap dapat mencari lebih ramai bakat baharu yang boleh digilap sekali gus layak untuk mewakili negara,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN