Kayu bakau, geotekstile atasi benteng pecah

Kayu bakau, geotekstile atasi benteng pecah

KAYU bakau dan geotekstile (kiri) digunakan untuk membuat benteng penahan air masin kerana diyakini lebih kukuh dan tidak mudah runtuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pembinaan benteng menggunakan kayu bakau dan geotekstile yang akan dilaksanakan tidak lama lagi diyakini mampu mengatasi masalah benteng pecah di Kampung Sungai Suluh hingga Tanjung Labuh.

Penolong Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Batu Pahat, Anas Mohamed berkata, benteng kira-kira empat kilometer itu sebenarnya dibina di atas tanah milik persendirian, iaitu petani dan bukan di tanah rizab kerajaan.

Justeru, status tanah itu menyukarkan pihaknya untuk membina benteng dan benteng sedia ada adalah bersifat sementara.

“Walau bagaimanapun, JPS tidak sesekali mengabaikan masalah petani ini dan lantikan kontraktor bagi kerja-kerja membaiki benteng yang dilaporkan pecah sedang dalam proses.

“Kaedah pembaikan kali ini adalah menggunakan kayu bakau dan geotekstile bagi memastikan benteng kukuh dan kejadian tanah runtuh tidak berulang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Beliau mengulas laporan akhbar ini mengenai rintihan petani di Kampung Sungai Suluh dan Kampung Kelicap yang berhadapan masalah tanaman mati akibat terendam air masin selepas benteng penahan air pecah dan runtuh.

Penduduk mendakwa mengalami kerugian jutaan ringgit ekoran masalah tersebut sedangkan sebelum itu tanaman kelapa, kelapa sawit serta kontan yang diusahakan mereka mampu memperoleh pendapatan sehingga RM150,000 setahun.

Menurut Anas, panjang ke­seluruhan benteng di kawasan Mukim Minyak Beku termasuk di Sungai Suluh adalah 33 kilometer.

“Kerja-kerja pemantauan secara berkala sentiasa dilakukan oleh JPS dan tindakan segera akan dilakukan sebaik sahaja menerima laporan atau mengesan kerosakan benteng,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya