Kapal pelancong tenggelam: 7 warga Malaysia

Kapal pelancong tenggelam: 7 warga Malaysia selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai tujuh orang
warganegara Malaysia yang terlibat dalam insiden kapal pelancong tenggelam di kawasan perairan Pulau Komodo, Labuan Bajo, Indonesia pada petang tadi dilaporkan selamat.

Situasi itu disahkan Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta
yang turut memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Walau bagaimanapun, Wisma Putra berkata, kesemua mangsa dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

“Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

“Ini termasuk menghulurkan bantuan konsular sewajarnya,” katanya di sini malam ini.

Pada masa sama, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta

Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa, ” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya