PETALING JAYA: Kantin di sebuah sekolah di sini hampir musnah dalam kebakaran, petang ini.
Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.08 petang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya ke lokasi kejadian.
“Ketika tiba di lokasi, didapati kejadian melibatkan sebuah kantin sekolah yang terbakar 50 peratus.
“Kebakaran dapat dikawal pada pada 2.41 petang dan tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan.- UTUSAN