Kanak-kanak perempuan maut digilis pacuan empat roda - Utusan Malaysia

Kanak-kanak perempuan maut digilis pacuan empat roda

KENDERAAN pacuan empat roda yang menggilis Syaza Syazwina Zahra Mohd. Sazali di Kampung Darat Kolam, Kerteh, Kemaman, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun maut selepas digilis kenderaan pacuan empat roda dipandu sepupunya dalam kejadian di Kampung Darat Kolam, Kerteh, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam, Syaza Syazwina Zahra Mohd. Sazali meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran cedera parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, sepupu perempuan mangsa yang berusia 19 tahun sedang mengundur kenderaan yang diparkir di hadapan rumahnya untuk pulang ke rumah bapa mertuanya di Rasau, Kerteh, dekat sini.

“Dalam masa yang sama, kanak-kanak perempuan itu telah keluar dari rumah itu tanpa disedari ibunya.

“Kanak-kanak yang berjalan dari arah belakang Hilux tersebut digilis tayar sebelah kiri dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Hanyan berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya