Kanak-kanak 9 tahun mati dipercayai akibat didera - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 9 tahun mati dipercayai akibat didera

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah kanak-kanak meninggal dunia dipercayai akibat didera di Taiping. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun di sebuah rumah Taman Panglima, Assam Kumbang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, wanita yang ditahan itu merupakan ibu kepada kanak-kanak yang meninggal dunia itu.

Menurutnya, polis menerima panggilan melalui talian kecemasan pada pukul 11 pagi semalam mengenai kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah.

Menurutnya, pihak polis dan ambulans ke lokasi termasuk forensik bagi menjalankan siasatan.

“Siasatan awal mendapati ada unsur penderaan ke atas kanak -kanak itu. Kanak-kanak itu dipercayai telah didera sejak Mac lalu.

“Ibu kanak-kanak itu berusia 36 tahun yang ditahan, tinggal bersama dengan teman lelakinya di rumah kanak-kanak itu ditemukan meninggal dunia. Wanita itu dalam proses bercerai dengan suaminya,” katanya di sini.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini, polis mengklasifikasikan kematian kanak-kanak itu sebagai kematian mengejut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya