SERIUS! Cik Bunga pun dah tak tahu apa nak jadi dengan pelakon dan penyanyi lelaki penuh kontroversi ini.
Memang geram juga kita mendengarnya, bila ada rakan industri beritahu, si artis ini rupanya masih berperangai sama.
Main kayu tiga di belakang isterinya. Nak dijadikan cerita, rakan Cik Bunga beritahu, dia yang sedang bersantai dengan keluarganya di sebuah pusat belibelah di ibu negara terserempak dengan artis lelaki ini.
Nampak artis itu sedang berjalan berdua-duaan. Mulanya, dia fikirkan itu isteri penyanyi itu yang popular juga orangnya.
Tetapi bila diamati semula, rupanya bukan. Itu adalah wanita lain. Nampak seksi. Bila dibelek dalam Instagram, waktu itu isteri artis itu rupanya sedang bercuti di luar negara bersama teman-teman artis lain.
Aduh, buat hal lagi lah ceritanya ini? Bukan kata sudah bertaubat dah ke? Itulah yang Cik Bunga sebut, kahwin sudah, cerai sudah, kahwin semula pun sudah.
Tak akanlah masih tak serik-serik lagi? Sebelum itu, Cik Bunga sendiri pernah terserempak dengan penyanyi lelaki ini di sebuah pusat beli-belah juga.
Dia bersama seorang wanita. Tetapi bila diselidik, wanita itu adalah sepupunya. Jadi, tak adalah Cik Bunga nak kecoh sangat.
Keluarga kan… Pun begitu, gosip baharu yang Cik Bunga terima ini memang mengejutkanlah. Tak sangka dia masih nak buat perangai setelah apa yang pernah terjadi dengannya sebelum ini.
Lepas ini, kalau dah kantoi lagi, dia nak jawab apa pula sebagai alasan? Muaklah rakyat Malaysia nak dengar kata maaf dari dia lagi. Dasar buaya…