Jumpa Hamzah bukan bermakna mahu sertai PN - Sivarrajh 

Jumpa Hamzah bukan bermakna mahu sertai PN – Sivarrajh 

C. SIVARRAAJH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarraajh menafikan perjumpaannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin adalah berhubung penyertaannya ke dalam Perikatan Nasional (PN).

Sivarraajh yang juga bekas Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata,  sebagai Ahli Dewan Negara, beliau bebas untuk bertemu dengan mana-mana pihak.

“Saya terbaca laporan yang disiarkan pihak sebuah portal pada awal pagi ini berhubung perjumpaan saya dengan Ketua Pembangkang. Ada segelintir pihak yang cuba mentafsirkan laporan tersebut sebagai langkah saya untuk menyertai PN.

“Penjelasan saya sangat mudah. Sebagai seorang Ahli Dewan Negara, saya berhak bertemu dengan mana-mana individu untuk berbincang perkembangan semasa politik tanah air,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau mengulas mengenai dakwaan bahawa beliau meninggalkan MIC adalah kerana ingin menyertai PN susulan daripada perjumpaannya dengan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Sivarraajh berkata, perjumpaan antara kawan-kawan politik adalah lumrah dan tidak membawa maksud beliau akan menyertai parti berkenaan.

“Saya berjumpa dengan semua pemimpin parti sebagai Senator. Nak masuk parti mana adalah pilihan saya sendiri berdasarkan prinsip dan nilai kepercayaan politik saya.

“Jangan membuat spekulasi pasal saya tapi cuba kuatkan institusi anda,” katanya – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya