JPA semak semula amaun pencen veteran ATM

JPA semak semula amaun pencen veteran ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak semula perbezaan amaun pencen antara veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dan yang bersara mulai 1 Januari 2013.

Ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang memaklumkan, pegawai awam bersara sebelum 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012 dan pegawai awam yang bersara mulai 2013 pula, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun asal semasa bersara.

Ia selepas Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun lalu memutuskan bahawa Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah, bermakna undang-undang sebelum pindaan adalah terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

“Isu ini juga dihadapi oleh semua pesara penjawat awam dari skim-skim perkhidmatan yang lain.

“Justeru, perincian lanjut mengenai perkara ini akan dibincang bersekali dalam Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat,” kata JPA dalam kenyataan.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga bersetuju mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan pesara perkhidmatan awam yang telah menyumbang khidmat bakti dalam arus pembangunan negara,” katanya.

Keputusan mahkamah mendorong kerajaan memutuskan pencen dan pencen terbitan bagi bulan Julai hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang dinamakan sebagai Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP), bagi menjadikan amaun yang diterima oleh pesara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun pencen pada Jun 2023.

Penyelarasan pencen akan dilaksanakan mengikut peratusan kenaikan yang telah ditetapkan selaras dengan Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya