JIM sedia tambah baik SOP urusan masuk Malaysia

JIM sedia tambah baik SOP urusan masuk Malaysia

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan terdapat segelintir kakitangan jabatan ini terlibat
dengan amalan rasuah dan pelanggaran integriti kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, jabatan ini sentiasa berhubung,
berbincang dan berkongsi maklumat dengan SPRM untuk membantu proses siasatan dengan lebih telus tanpa sebarang gangguan daripada pihak luar.

Dalam konteks ini, katanya, JIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah sama ada
yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) atau mana-mana pejabat Imigresen di seluruh negara.

“Jika terdapat pegawai Imigresen yang didapati bersalah, jabatan ini tidak akan
melindungi pegawai tersebut serta mengambil tindakan di peringkat jabatan
berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“JIM komited dalam menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk
memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga pelawat asing
memasuki Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan kes dakwaan rasuah membabitkan pegawai imigresen di KLIA disiasat di bawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Dalam siasatan itu, SPRM sudah mengambil keterangan tiga saksi termasuk menteri dan dua warga China bagi membantu siasatan selain beberapa pegawai Imigresen yang terlibat juga akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Sumber berkata, SPRM juga mengenal pasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan ‘menyelesaikan’ kes melibatkan seorang pelancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana ditetapkan JIM.

Individu itu merupakan ejen yang dikatakan meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya