Jenazah Salahuddin diterbangkan ke Johor

Jenazah Salahuddin diterbangkan ke Johor

DATIN Seri Fatimah Taha menemani jenazah suaminya yang dibawa dari HSB untuk ke Masjid Al-Badar, Alor Setar. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub selesai diuruskan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Jenazah seterusnya dibawa ke Masjid Al-Badar, Jalan Langgar untuk disembahyangkan setelah dimandi dan dikafankan di Jabatan Forensik hospital berkenaan.

Van jenazah yang membawa Allahyarham Salahuddin tiba di perkarangan masjid pada pukul 12.15 tengah malam sebelum solat jenazah diimamkan Abu Bakar Shaikh Abdullah.

Selesai solat, van yang membawa jenazah Allahyarham seterusnya bergerak ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) dan jenazah akan diterbangkan ke Johor kira-kira pukul 1 pagi ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya