JBPM cadang bina empat lagi pangkalan udara di seluruh Malaysia

JBPM cadang bina empat lagi pangkalan udara di seluruh negara

ABDUL Wahab Mat Yasin bercakap dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba 2020 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Sarawak 2022 di Hotel Raia, Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) giat berbincang bersama kerajaan negeri di seluruh negara dalam usaha perancangan pembinaan Pangkalan Udara bagi Zon Selatan dan Timur Semenanjung Malaysia serta di Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin mendedahkan sehingga kini di Semenanjung, hanya dua pangkalan udara yang sedia ada iaitu di Bertam, Pulau Pinang (Zon Utara) dan Subang (Zon Tengah).

“Di Semenanjung kita hanya ada dua sekarang ini, iaitu di Bertam, Pulai Pinang (sebagai Zon Utara) dan di Subang (sebagai zon tengah) – ini yang pertama. Justeru itu perancangan kita akan kembangkan ke Johor (Zon Selatan), Terengganu ataupun di Pahang (Zon Timur), Sabah dan Sarawak – ini antara perancangan dan sedang kita (JBPM) bincangkan bagi mendapatkan kemudahan kawasan pengkalan udara ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya lagi, JBPM tidak menolak untuk memberikan keutamaan kepada Sarawak untuk mewujudkan pangkalan udara sekiranya diberikan tapak tanah yang berdekatan dengan lapangan terbang dalam tempoh yang terdekat.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan beberapa faktor menyebabkan kelewatan pembinaan Pangkalan Udara – antaranya isu berhubung pemberian tanah bagi pembinaannya.

“Kita juga kalau boleh perancangan Jabatan (JBPM) akan mewujudkan lima pangkalan udara bukan sahaja di Sarawak, tetapi perancangan Pangkalan Udara di Sabah. Malah perjumpaan bersama Ketua Menteri Sabah juga telah dibincangkan sebelum ini, berhubung isu yang sama bagi mendapatkan kebenaran tanah yang sesuai berdekatan dengan lapangan terbang.

“Kalau berdasarkan kepada Menteri KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), sekiranya kerajaan negeri memberi satu tanah untuk pembangunan pangkalan udara ataupun balai bomba yang baru secara nominal, memang keutamaan pembangunan itu akan diberikan, dan airwing untuk sementara kerana kita tidak dapat kemudahan untuk pembinaan pangkalan udara di Sarawak ini, di Kuching sekarang ini kita hanya sewa di Miri,” jelasnya

Abdul Wahab berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir pada Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba 2020 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM Sarawk 2022 di Hotel Raia di sini hari ini.

Sehingga ke hari ini, hanya di Miri merupakan Pangkalan Unit Udara JBPM Sarawak yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas meliputi seluruh kawasan di Sarawak, termasuk negeri Sabah.

Justeru itu, beliau meyakinkan perancangan pembinaan pangkalan udara itu juga antara perkara dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Dari segi udara ini, memang peringkat awal perancagan kita keperluan di Kuching kerana lokasinya yang strategik, dan merupakan ibu negeri Sarawak. Tetapi kekangan untuk mendapatkan tanah untuk membina pangkalan udara belum dapat diselesaikan, ia nya masih tergantung lagi.

“Jadi pengoperasian walaupun di Miri kita tetap memberi perkhidmatan di Kuching mengikut keperluan dan memang mengambil masa.

“Melihat kepada perkara, dalam perancangan kita kalau tidak dapat Kuching, kita cadang untuk mengambil pembinaan di tengah negeri Sarawak iaitu Bintulu ataupun Sibu kalau dapat kita “centralise” kan di Sibu, bermakna boleh cover seluruh Sarawak dengan lebih dekat, itu kita sedang bincang,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Wahab tidak menolak keperluan Sarawak untuk menambah Balai Bomba bagi tingkatkan keupayaan yang sedia ada.

“Dari segi perancangan keperluan balai bomba di negeri Sarawak ini memang ada yang merlukan lagi sebanyak 21 buah balai. Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa kerajaan dan berdasarakan analisa kita, Sarawak tidak tertinggal dan merupakan negeri yang pling banyak bomba di seluruh Malaysia iaitu 38 balai.

“Selain itu melihat kepada keseluruhan negeri, memang kalau ikut sekarang ini kita hanya ada 336 balai di seluruh negeri, pada mengikut keperluannya kita memerlukan 500 balai di seluruh Malaysia,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya