Jasa Ghapur Salleh pada negara, Sabah dikenang selamanya - PM

Jasa Ghapur Salleh pada negara, Sabah dikenang selamanya – PM

ABDUL GHAPUR SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang meninggal dunia hari ini.

Perdana Menteri berkata, jasa bekas Ahli Parlimen Kalabakan kepada negara dan Sabah dikenang selama-lamanya.

“Terima khabar duka mantan Ahli Parlimen Kalabakan, telah kembali ke Rahmatullah. Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Jasa dan pengorbanan Allahyarham kepada negara dan negeri Sabah khususnya sentiasa dikenang buat selamanya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Abdul Ghapur meninggal dunia pada usia 80 tahun kira-kira pukul 12.07 pagi ini.

Sepanjang menjadi Ahli Parlimen, Allahyarham pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan.

Ahli politik veteran UMNO ini adalah bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan bekas Ketua UMNO Kalabakan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya