Jangan jadi pelakon sebab nak popular - Utusan Malaysia

Jangan jadi pelakon sebab nak popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nabila Huda meluahkan kerisauan terhadap kemunculan pelakon ‘segera’ yang masuk ke dalam industri seni semata-mata untuk meraih populariti.

Pelakon yang mesra disapa sebagai Abil itu berkata, keadaan itu bahaya dan berpotensi merosakkan dunia seni tanah air.

“Sebab itu, pelakon kena jujur dengan apa yang mereka lakukan. Masuklah bidang ini kerana anda benar-benar mahu berlakon, bukan sebab popular.

“Tetapkan niat, apa tujuan nak jadi pelakon. Dan paling penting, kena berdisiplin.

“Jangan jadi pelakon sebab nak popular. Kalau ramai pelakon baru kejar glamor semata-mata, ia bahaya dan boleh merosakkan industri,” katanya kepada pemberita sewaktu menjayakan sesi fotografi bersama Mingguan Malaysia, baru-baru ini.

Kata ibu seorang cahaya mata ini lagi, seorang pelakon, baru atau lama perlu berkeinginan untuk belajar bagi mengasah dan memperbaiki bakat lakonan yang mereka miliki.

“Belajarlah dari bawah, fahamkan tanggungjawab pelakon itu apa. Kalau tak pandai (berlakon), masuk kelas. 

“Industri seni kita mempunyai ramai individu berkelayakan yang boleh mengajar lakonan,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya