Jamie Fox dalam pemulihan, masih rahsiakan komplikasi kesihatan - Utusan Malaysia

Jamie Fox dalam pemulihan, masih rahsiakan komplikasi kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Lama mengunci mulut, Pelakon, Jamie Fox, akhirnya tampil menjelaskan tentang komplikasi kesihatan yang mengakibatkan dia dimasukkan ke hospital sejak April lalu.

Fox menerusi video yang dikongsi di Instagram memaklumkan beliau berdepan fasa sukar sejak beberapa bulan lepas.

Pelakon berusia 55 tahun itu bagaimanapun masih merahsiakan penyakit yang dialaminya itu.

“Saya mengalami sesuatu yang tidak pernah saya sangka akan berlaku kepada diri saya.

“Saya tidak mahu anda melihat saya dalam keadaan begitu (sakit). Saya hanya mahu anda melihat saya tertawa, berseronok, berjenaka, berlakon dan sebagainya.

“Saya tidak mahu dilihat bertarung nyawa, dengan tiub dipasangkan pada tubuh, dalam keadaan ketidaktentuan sama ada saya akan terus hidup atau tidak,” katanya.

Fox juga memaklumkan dia masih dalam proses pemulihan sebelum disahkan benar-benar sihat dan berkemampuan untuk kembali bekerja.

“Saya hanya mahu katakan saya sayangkan anda semua dan menghargai setiap kasih sayang yang saya terima,” ujarnya.

Fox dimasukkan ke hospital ketika mengikuti penggambaran sebuah rancangan komedi bersama pelakon, Cameron Diaz, April lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya