Jaga batas sebagai suami - Utusan Malaysia

Jaga batas sebagai suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan K-Clique, MK memaklumkan selepas ini akan semakin berhati-hati dan menjaga batas dalam lakonan kerana sudah berumah tangga.

Penyanyi dan pelakon kelahiran Sabah itu berkata, sebagai suami, dia tahu akan had yang perlu dijaga justeru tidak melanggar batas yang ditetapkan.

“Bahkan dalam lakonan itu sendiri, tidak semudah itu untuk seorang pelakon melangkaui batas.

“Saya tahu perkara yang perlu saya jaga dan tidak akan sewenang-wenangnya melanggar had sebagai seorang suami. Jadi semestinya saya akan jaga perkara itu,” katanya.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan selamat bergelar suami kepada usahawan, Siti Hajaar Syeikh Nordin pada 16 Jun lalu.

Kedua pasangan disatukan dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Jami’il Huda, Ampang, dekat sini.

Penyanyi rap itu sebelum ini pernah muncul dalam drama The Hotal dan Oh My Hantaran yang ditayangkan pada tahun 2021.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya