Jaga adab, kata-kata – Wawa Zainal - Utusan Malaysia

Jaga adab, kata-kata – Wawa Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBERANIAN pelakon dan usahawan kosmetik, Wawa Zainal menaja program realiti, Big Stage musim kelima mendapat pujian ramai. 

Dia menjadi selebriti pertama yang berani mengambil risiko tersebut sehingga membelanjakan jutaan ringgit. Namun harapkan panas hingga ke petang, saban minggu ada sahaja kontroversi yang singgah dalam diari hidup isteri kepada aktor, Aeril zafrel itu. 

Lantas ada yang beranggapan keberaniannya untuk menaja program tersebut menjadi platform menuai kecaman lantaran penampilan dan busana yang kurang disenangi penonton. 

Jawablah mendapatkan Wawa. Adakah dia menyesali tindakan menaja program tersebut? Adakah dia juga secara sengaja mengundang kecaman warganet? Wawa, Jawablah!

Setiap minggu, ada sahaja cerita sensasi yang singgah di carta kontroversi hiburan tanah air? Pakaian tidak sesuailah, terlalu mencolok mata dan banyak lagi? Komen sikit? 

Alhamdulillah rakyat kita memang prihatin. Namun ada juga segelintir yang kalau komen ibarat sempurna ibadahnya. Apa pun saya berterima kasih pada mereka kerana menegur, tetapi biarlah secara berhemah. Jaga adab dan kata-kata. 

Sebagai selebriti pertama yang menaja program realiti, bagaimana Wawa melihat impak tersebut? Bila ada kontroversi, tidakkah itu juga boleh memalit lumpur pada nama jenama keluaran Wawa sendiri? 

Sebenarnya, kami berdua mahu menonjolkan jenama dan produk berbanding nama sendiri. Sebab itu, kami memilih program tersebut. Sebelum ini, orang lebih kenal kami sebagai anak seni. Saya faham, ada segelintir yang kecewa dengan kontroversi yang melanda. Tetapi saya juga percaya, pengguna sekarang bijak belaka. Mereka tahu kualiti produk yang kami hasilkan. 

Terbit rasa sesal atau enggan lagi menaja program realiti selepas beberapa kali dikecam? Menyesal? 

Mungkin tidak. Saya faham, kecaman, kontroversi dan netizen memang tidak dapat dipisahkan. Ini adalah realiti yang harus kami telan dan nilai yang harus dibayar apabila bergelar selebriti. Saya dan suami terima dengan hati terbuka. Bukan kali pertama kami berhadapan dengan kecaman dan kontroversi seperti ini. 

Apa kecaman paling teruk yang Wawa hadapi sepanjang lima minggu menaja program tersebut? 

Paling pahit untuk kami telan bila ada segelintir yang menganggap penampilan kami sebagai menjelikkan. Tak perlu ada slot untuk penaja. Tetapi  kir logiknya, kami bayar berjuta ringgit, apa salahnya jika diluangkan sedikit masa ketika program untuk kami. 

Wawa sebelum ini dikenali sebagai selebriti yang menjaga penampilan, apabila terpaling kontroversi seksi dan sebagainya, Wawa risau tak persepsi segelintir peminat berubah? 

Saya ini manusia biasa, tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Saya juga seorang Muslim yang mahu istiqamah dalam menutup aurat. Tetapi saya masih dalam fasa memperbaiki diri. Doakan saya. 

Ada yang cakap, kenapa Aeril tak nasihat isteri. Sampai ada yang heret nama suami, komen sikit? Suami saya lah orang yang selalu menasihati saya. Dia mahu tengok isterinya menutup aurat dengan sempurna tetapi seperti yang saya cakap tadi, itu bukan sesuatu yang mudah. InsyaAllah, waktu itu akan sampai. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya