Isu kerusi bertindih BN PH selesai - Ahmad Zahid

Isu kerusi bertindih BN PH selesai – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi bersama Mohamad Sabu pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani MOU di antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu pertindihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sudah berjaya diselesaikan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau bagaimanapun tidak akan mendedahkan dua kerusi berkenaan kerana ia diselesaikan secara dalaman antara BN dan PH.

Beliau berkata, ia bukan soal kerusi itu diserahkan kepada BN atau PH tetapi diselesaikan atas semangat kebersamaan antara parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ini bukan soal kerusi siapa kerana Parti Amanah Negara (Amanah) juga memberi kerusi kepada kita, malah, PKR dan DAP pun sama.

“Atas kebersamaan ini, kita ambil kira peluang yang lebih adil untuk parti yang mengganggotai Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Ditanya berapa jumlah kerusi yang akan ditandingi pada PRN nanti, Ahmad Zahid berkata, BN akan bertanding di lebih 100 kerusi.

“Pengumuman calon akan dibuat pada 21 Julai ini dan ia akan dilaksanakan secara berpusat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Amanah dijangka mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya lalu.

“Ketika ini, ada dua kerusi yang belum selesai dan akan diselesaikan dalam masa terdekat. Amanah tidak banyak kerusi, namun kerusi yang kami tanding akan menang semua,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya