Isu fitnah: Fadhlina mahu semua terlibat minta maaf atau berdepan saman - Utusan Malaysia

Isu fitnah: Fadhlina mahu semua terlibat minta maaf atau berdepan saman

FADHLINA Sidek ketika berucap sempena program KV Insani Masyarakat Madani Pulau Pinang di Dewan MPKK Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan beliau tidak akan berkompromi dengan sebarang isu membabitkan fitnah khususnya yang dibuat ketika musim pilihan raya ini.

Sehubungan itu, Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan menggesa mana-mana individu atau pihak yang belum membuat permohonan maaf terhadapnya berhubung isu azan yang didakwanya telah diputar belit sebelum ini supaya segera berbuat demikian sebelum tindakan saman diambil.

“Tonton betul-betul saya punya video itu. Sebab kalau tak tonton, jangan komen apa-apa. Itu fitnah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Program Kolej Vokasional (KV) Insani Masyarakat Madani Pulau Pinang di Dewan Serbaguna Sungai Acheh, di sini hari ini.

Pada 12 Julai lalu, media melaporkan Ahli Parlimen Nibong Tebal berkenaan menggesa parti pembangkang supaya berhenti membawa isu azan semasa pilihan raya negeri (PRN).

Fitnah yang tersebar itu mengaitkan Fadhlina apabila terdapat satu kenyataan yang menyatakan perwatakan beliau seperti beradab dan berakhlak Islam, namun berbeza di pentas politik.

Susulan itu, beliau membuat satu laporan polis dan menyatakan tidak akan teragak-agak untuk menyaman pihak yang membuat kenyataan fitnah berkenaan.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, beliau tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku yang didakwa tidak bertanggungjawab terbabit.

“Saya ulang lagi sekali. Itu semua fitnah. Saya takkan berganjak (daripada keputusan menyaman). Minta maaf atau saya akan saman. Itu saja.

“Ada yang sudah minta maaf, ada yang belum. Jadi, yang belum itu (kena) minta maaf. Kena ingat, fitnah ini dosanya besar daripada membunuh,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya