Isu banjir Linggi jadi keutamaan Mohd. Faizal 

Isu banjir Linggi jadi keutamaan Mohd. Faizal 

MOHD. Faizal Ramli bertemu penduduk di Pasar Pasir Panjang, Linggi, Port Dickson. -UTUSAN/ZAKKINAWATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Masalah utama yang dihadapi penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi iaitu banjir terutama sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi tumpuan yang akan diatasi oleh calon Barisan Nasional (BN) di DUN itu, Datuk Mohd. Faizal Ramli 

Jelas beliau, Linggi adalah kawasan yang sering dilanda banjir terutama di Kampung Permatang Pasir kerana ia berdekatan Sungai Linggi. 

“Ahli Dewan Undangan Negeri Linggi (ADUN) Linggi sebelum ini iaitu Datuk Abdul Rahman Mohd. Redza telah mengusahakan supaya projek tebatan banjir dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. 

“Kami difahamkan peruntukan untuk projek tebatan banjir Sungai Linggi telah pun ada dan mungkin akan dilaksanakan tidak lama kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengumumkannya, tunggu pelaksanaan sahaja. 

“Isu banjir ini menjadi keutamaan saya untuk diselesaikan jika tidak orang kampung tidak dapat tidur saya pun tentu tidak dapat lena,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas bertemu penduduk di Pasar Pasir Panjang di sini hari ini. 

Mohd. Faizal yang juga Ketua UMNO Bahagian Port Dickson memberitahu, isu dihadapi oleh para nelayan kecil juga akan diberikan perhatian olehnya termasuk berkaitan lesen.

“Isu pelesenan dan soal pergi ke laut, kerjasama yang baik dengan agensi kerajaan, Maritim Malaysia dan persatuan nelayan tempatan diterima dan mereka banyak membantu isu tersebut.

“Insya-Allah, saya yakin masalah lesen ini akan selesai dan nelayan-nelayan kecil yang tidak mempunyai pendapatan tetap kita akan bantu selesaikan,” katanya lagi.

Pada hari pengundian 12 Ogos ini, DUN Linggi bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd. Faizal dan Zamri Md. Said dari Perikatan Nasional (PN) yang akan dipilih oleh 20,696 pengundi berdaftar.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya