Isteri Eddie Wings meninggal dunia - Utusan Malaysia

Isteri Eddie Wings meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada pemain gitar kumpulan Wings, Eddie menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.30 petang di Hospital Ampang, dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun, punca kematian Allahyarham Norlela Mohd. Yusof, 61, belum disahkan pihak hospital.

Difahamkan, arwah sudah dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lalu dan menerima rawatan akibat penyakit buah pinggang yang dihidapinya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, malam ini.

Eddie atau nama sebenarnya Samsaidi Ulong Idris mendirikan rumah tangga dengan arwah sejak 1991 dan hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan empat anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN