Inisiatif ‘no right turn’ bukan untuk menyusahkan rakyat

Inisiatif ‘no right turn’ bukan untuk menyusahkan rakyat

KESESAKAN trafik di Persimpangan Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pelaksanaan inisiatif tiada belok ke kanan atau ‘no right turn’ di beberapa persimpangan yang mencatatkan kesesakan trafik kritikal di Melaka, bakal melalui kajian mendalam sebelum dijangka dikuat kuasa dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh memberi jaminan bahawa kaedah tersebut tidak akan memburukkan lagi aliran trafik sedia ada, sebaliknya bakal memberi lebih keselesaan kepada pengguna Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di sini, terutama pada waktu puncak.

Beliau berkata, sebagai contoh di Persimpangan Stadium Hang Jebat, ia dilihat membantu menyuraikan kira-kira 1,000 kenderaan yang menuju ke pusat bandar dalam tempoh satu jam.

“Saya akan mengadakan dua lagi mesyuarat, mungkin dalam tempoh 30 hari selepas ini baru kita akan laksanakan. Kerana kita juga kena memberitahu masyarakat bahawa beberapa jalan ini tidak lagi ada jalan belok ke kanan.

“Jadi pemakluman ini kena diberikan dan jalan alternatif untuk mereka belok ke kanan juga telah disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Kita didik dahulu masyarakat sebelum kita kuat kuasa.

“Untuk Persimpangan Stadium Hang Jebat, mereka boleh menggunakan bawah jejambat di Cheng, jalan kontra pun telah dibuat untuk lebih selesa mereka membuat pusingan U balik ke Persimpangan Stadium Hang Jebat,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di lokasi cadangan pelaksanaan inisiatif tiada belok ke kanan di Persimpangan Stadium Hang Jebat, hari ini.

Pada Jun lalu, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan negeri akan memperkenalkan kaedah tiada belok ke kanan dalam usaha mengatasi masalah kesesakan di persimpangan lampu isyarat terutama pada waktu puncak.

Persimpangan tersebut adalah di hadapan Klinik Kesihatan Masjid Tanah, Jalan Utama Masjid Tanah, Persimpangan Bandar Baharu Masjid Tanah dan Persimpangan Solok Duku.

Turut terlibat adalah Persimpangan Sekolah Sains Alor Gajah, Persimpangan Jejambat Cheng Lebuh SPA, Persimpangan Stadium Hang Jebat, Persimpangan Durian Tunggal dan Persimpangan MITC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya