Influencer minta bayaran tinggi, Awie ganti Erra Fazira

Influencer minta bayaran tinggi, Awie ganti Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penerbit filem Sue-On, Datuk Awie memaklumkan pihaknya terpaksa menggantikan watak sampingan yang sepatutnya diterajui oleh seorang pempengaruh wanita terkenal dengan pelakon, Erra Fazira.

Awie berkata, pertukaran watak lakonan itu disebabkan pempengaruh tersebut meletakkan harga bayaran tinggi bagi adegan yang perlu dijayakan dalam tempoh sehari sahaja.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman seboleh-bolehnya tidak mahu mengambil Erra disebabkan peranan itu hanyalah watak kecil yang boleh dijayakan oleh pelakon lain.

“Zaman sekarang mereka (pempengaruh) merasakan sudah popular dalam media sosial, tetapi belum tentu mereka dapat menarik khalayak penonton. Media sosial ini segala-galanya adalah percuma.

“Saya pun terus telefon Erra, kebetulan dia tiada apa-apa komitmen. Watak itu tak besar pun, tetapi bila Erra yang pegang, jadi lain.

“Itu bagusnya bila kita bagi pada pelakon profesional, walaupun hanya sedikit tetapi besar maknanya,” katanya ketika ditemui semasa Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Sue-On di sebuah pawagam di Petaling Jaya, minggu lalu.

Filem komedi seram itu merupakan naskhah pertama terbitan Awie yang merupakan pemilik Rumah Produksi Merah.

Awie yang memegang watak sebagai Mat Dosa turut bergandingan dengan barisan pelakon dan pelawak terkenal seperti Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey dan ramai lagi.

Filem yang diarahkan oleh Razif Ajiboy Rashid sesuai ditonton bersama seisi keluarga dan bakal menjengah pawagam pada 6 Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya