MIC, MCA tak letak calon PRN enam negeri

Tiada calon MIC, MCA dalam PRN enam negeri

SEJUMLAH 12,915 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 763 orang pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MIC hari ini mengumumkan tidak bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Setiausaha Agung  MIC, R.T Rajasekaran berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat selepas  perbincangan lebih empat jam Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang diadakan pada 30 Jun lalu.

 “Keputusan parti MIC untuk tidak bertanding pada PRN yang akan datang dibuat semata-mata untuk melindungi kepentingan parti MIC.

“Pada masa ini, MIC akan memberi lebih perhatian kepada proses untuk membina struktur parti yang lebih mantap bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos. 

Terdahulu, MCA turut mengambil keputusan sama bagi menumpukan persediaan menghadapi PRU16 selain melaksanakan pembaharuan serta kebangkitan parti .

Dalam pada itu Rajasekaran berkata,  MIC bagaimanapun berjanji akan melaksanakan peranannya sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) dan keputusan parti sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Kerajaan Perpaduan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya