SEGAMAT: Murid lelaki tahun lima yang didakwa dirotan oleh seorang guru besar sehingga luka pada leher dan muka didakwa mengalami trauma dan berubah menjadi pendiam serta kurang selera makan. Menurut ibunya, A. Saraswathy, 41, anak bongsu daripada tiga beradik itu juga kini sering ketakutan dan tidak mahu pergi ke sekolah. “Saya bimbang melihat keadaan dia selepas kejadian Selasa lalu. “Kebiasaannya dia seorang yang ceria. Saya telah berjumpa pihak pentadbiran sekolah dan memaklumkan situasi terkini atas apa yang berlaku terhadap anak,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Walau bagaimanapun, dia tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya