'Ibu bapa sedih orang hina wajah saya seperti babi'

‘Ibu bapa sedih orang hina wajah saya seperti babi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Di sebalik kegembiraan merangkul trofi juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini mengakui makan hati menelan komen jahat warganet yang menyamakan wajahnya dengan binatang.

Menurutnya, menjadi mangsa sindir wajah (face shaming) tidak hanya mengguris perasaannya malah menyebabkan kedua ibu bapanya tersinggung hingga mengalirkan air mata.

“Selepas mendapat kecaman semasa persembahan minggu ketiga, saya langsung tidak mahu membaca apa-apa komen kerana itu akan membuatkan saya sedih. Balik rumah saya hanya tengok gambar di telefon dan tanpa sengaja ada satu notifikasi masuk.

“Ketika itulah saya terbaca sebuah komen mengatakan ‘muka tu macam babi’.

“Balik rumah mak ayah maklumkan (membaca kecaman) dan mereka menangis. Mak cik saya pun ada menelefon mengatakan mengapa ramai sangat yang menghina saya sampai begini,” dedahnya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas persembahan.

Walaupun kata-kata itu sangat menghiris, namun Nadeera tidak cepat melatah sebaliknya menganggap apa yang dilaluinya hari ini adalah sebahagian daripada perjalanannya bergelar seorang anak seni.

“Saya cakap kepada mereka, semua ini baru permulaan perjalanan saya. Asam garam inilah yang perlu saya rasa. Takkanlah semuanya manis sahaja?

“Saya pantang bila orang bergurau soal rupa sebab bagi saya itu semua Allah yang cipta.

“Cuba anda fikir, sekiranya itu terjadi kepada anda dan ahli keluarga macam mana anda rasa?” jelas Nadeera.

Nadeera bersyukur kerana ramai penyanyi yang memberikan kata semangat kepadanya seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Elly Mazlein dan Ajai.

Bahkan semasa memberikan komen di pentas akhir, Ajai tidak berselindung mengecam tindakan warganet yang melontarkan hinaan kepada paras Nadeera.

“Saya nak babap siapa yang cakap Nadeera buruk,” kata Ajai.

Kemenangan Nadeera sebagai juara Big Stage musim kelima melayakkan penyanyi itu membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000, trofi kemenangan dan sebuah single ciptaan komposer antarabangsa, Hyun Sik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya