Hubungan Kerajaan Pusat, kerajaan negeri perlu selari - Utusan Malaysia

Hubungan Kerajaan Pusat, kerajaan negeri perlu selari

RAFIZI Ramli (dua dari kanan) menerima cenderamata daripada Chow Kon Yeow pada majlis sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (SLU KSP RMKe-12) bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Bayan Lepas, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS : Hubungan antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri perlu selari bagi memastikan sebarang urusan pentadbiran serta pertumbuhan ekonomi akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia juga penting bagi memastikan apa sahaja isu berkaitan ekonomi tidak dipolitikkan sekiranya hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan Pusat tidak selari.

Katanya, sebagai contoh adalah lebih mudah untuk Kerajaan Pusat membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Pulau Pinang kerana ia agak matang serta mempunyai infrastruktur yang baik serta rekod dan rangkaian global yang tersendiri.

RAFIZI RAMLI

”Jadi, adalah lebih mudah untuk membina kekuatan dan membawanya (ekonomi Pulau Pinang) ke peringkat seterusnya.

“Untuk itu, ia memerlukan kerjasama yang sangat erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat kerana tiada siapa yang boleh melakukannya sendiri, kerajaan negeri tidak boleh melakukannya sendiri dan Kerajaan Pusat juga tidak boleh melakukannya tanpa kerjasama negeri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Rafizi menghadiri sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas (SLU KSP RMKe-12) bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang turut dihadiri Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, berbeza dengan Kedah, Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri itu mempunyai pandangan yang berbeza dalam soal ekonomi negeri berkenaan.

“Kami mempunyai pandangan berbeza seperti projek lapangan terbang kargo yang mana ia tidak berdaya maju dari segi ekonomi.

”Mereka (kerajaan negeri) mahu mendapatkan sokongan politik, jadi mereka tidak peduli sama ada ia (projek lapangan terbang kargo) ini berdaya maju atau tidak.

”Bayangkan jika di Pulau Pinang kita berbeza kerajaan, maka semuanya akan dipolitikkan,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, kementerian yang diterajui beliau akan memberikan sepenuh sokongan kepada projek-projek berkaitan pembangunan infrastruktur yang bakal dilaksanakan di Pulau Pinang.

”Ini kerana projek-projek untuk meningkatkan kapasiti pengangkutan awam memang sedang dirunding dan dibangunkan secara bersama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya