Hubungan baik Indonesia, Perlis diharap terus berkekalan- Pemangku Raja Perlis - Utusan Malaysia

Hubungan baik Indonesia, Perlis diharap terus berkekalan- Pemangku Raja Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) berkenan menerima mengadap perpisahan oleh Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Bambang Suharto dan isteri beliau, Berti Agustina di George Town semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap agar hubungan baik di antara Perlis dan Indonesia akan terus berkekalan dan sentiasa disuburkan.

Baginda bertitah, adalah menjadi tuntutan agar hubungan persaudaraan antara saudara serumpun terus dieratkan.

“Adalah menjadi tuntutan untuk kita saling mengeratkan hubungan persaudaraan antara saudara serumpun apatah lagi terdapat banyak persamaan yang melatari kedua belah pihak sama ada daripada sudut budaya, adat, bahasa, seni bahkan geopolitik,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menerima mengadap perpisahan oleh Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Bambang Suharto dan isteri beliau, Berti Agustina di George Town semalam.

Bambang akan berpindah pulang ke ibu pejabatnya di Jakarta setelah tiga tahun berkhidmat di Malaysia.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin turut bertitah agar semua pihak sentiasa berusaha menerokai aspek kepentingan bersama sama ada daripada sudut sosial, ekonomi dan juga politik.

Titah baginda, usaha berkenaan diharapkan dapat membawa kekuatan bersama dalam menjayakan aspirasi kestabilan dan kehebatan ASEAN serta juga IMT-GT.

‘Prinsip dasar ajaran Islam tentang hubungan manusia dengan manusia dan mahabbah adalah tolong-menolong dalam kebaikan dan bukan tolong-menolong dalam keburukan.

“Ukhuwah atau persaudaraan itu sendiri berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu ‘akhun’ yang bermaksud saudara, kawan, teman atau sahabat,” titah baginda.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya