HTAR siasat kematian kanak-kanak 10 tahun - Utusan Malaysia

HTAR siasat kematian kanak-kanak 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital itu, baru-baru ini.

Pengarahnya, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, pihaknya merujuk kepada video yang tular di aplikasi Tiktok mengenai perkara tersebut selepas pesakit kanak-kanak itu hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama bapanya pada 9 Julai lalu.

“Keadaan pesakit ketika itu lemah dan telah diberikan rawatan sewajarnya oleh Pakar Perubatan Kecemasan. Namun, pesakit tidak dapat diselamatkan dan punca kematian masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik HTAR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zulkarnain, pihaknya bersimpati dan menzahirkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Adalah dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam siasatan pihak hospital. HTAR akan berhubung lanjut dengan keluarga bagi perbincangan lebih lanjut (family conference) mengenai kes itu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya