Hospital Jempol sempurnakan kes pertama perdermaan tisu

Hospital Jempol sempurnakan kes pertama perdermaan tisu

HOSPITAL JEMPOL, NEGERI SEMBILAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima kes pertama pendermaan tisu yang disempurnakan pada 17 Julai lalu di Hospital Jempol, Negeri Sembilan.

Ia melibatkan penderma tisu budiman iaitu mendiang N. Mathialagan berusia 61 tahun selepas keluarganya bersetuju memberi kebenaran untuk mendermakan sepasang kornea (mata).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kedua-dua kornea mata yang diperoleh dihantar ke Bank Tisu Kornea di Hospital Sungai Buloh untuk dipindahkan kepada pesakit lain.

“KKM merakamkan ucapan takziah serta setinggi penghargaan kepada keluarga penderma atas kesediaan memberikan kebenaran untuk menjalankan pendermaan tisu berkenaan sekali gus memberi sinar harapan kepada penerima yang memerlukan.

“Menurut rekod KKM, pendermaan tisu ini merupakan yang pertama seumpamanya dijalankan di Hospital Jempol, Negeri Sembilan dan merupakan pendermaan organ atau tisu kadaverik kelima untuk hospital di bawah Kluster Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah sejak tahun 2008,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Radzi berkata, terdapat tiga buah hospital dalam kluster ini iaitu, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah; Hospital Jempol dan Hospital Tampin.

Pada masa sama, KKM berharap pengorbanan murni sebegini dapat dicontohi dan diikuti lebih ramai rakyat Malaysia dalam membantu serta menyelamatkan nyawa.

Katanya, ini terutamanya pesakit-pesakit yang mengalami kegagalan organ tahap akhir.

“Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pendermaan organ, orang ramai boleh melayari laman sesawang Pusat Sumber Transplan Nasional di www.dermaorgan.gov.my , ” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya