‘Hoi hoi ya hoi' sambut penyokong parti kerajaan

‘Hoi hoi ya hoi’ sambut penyokong parti kerajaan

PENYOKONG PN dan parti kerajaan ditempatkan secara bersebalahan di padang SMK Sungai Pusu, Gombak, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Penyokong Perikatan Nasional (PN) yang berhimpun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu cuba mencetuskan provokasi dengan melaungkan ‘hoi hoi ya hoi’.

Mereka berbuat demikian sejurus selepas kumpulan penyokong Kerajaan Perpaduan tiba di sini, yang juga merupakan pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gombak.

Terdahulu, Parlimen Gombak antara kawasan ‘panas’ yang menyaksikan pertembungan tiga pengerusi parti negeri yang menghantar borang pencalonan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Selangor.

Mereka adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin; Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Megat Zulkarnain akan bertanding di kerusi DUN Gombak Setia dan bertembung dengan penyandang, Hilman Idham dari PN.

Selain itu, Amirudin yang merupakan Menteri Besar Selangor mempertahan DUN Sungai Tua manakala PN mempertaruh Muhammad Hanif Jamaluddin.

Mohamed Azmin pula bersaing  di DUN Hulu Kelang dan dijangka berdepan bekas ADUN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya