, Hilman Idham tetap optimis pertahan Gombak Seti

Landskap politik berubah, Hilman Idham tetap optimis pertahan Gombak Setia

MUHAMMAD HILMAN IDHAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham percaya terus mendapat sokongan daripada pengundi untuk mempertahan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor,  12 Ogos ini.

Muhammad Hilman berkata, rakyat Gombak akan memberi sokongan kepadanya dan Perikatan Nasional (PN) bagi meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat mereka.

Bagaimanapun, beliau mengakui lawan beliau pada PRN kali ini mempunyai kelebihan kerana sebahagian daripada kerajaan persekutuan dan negeri.

“Bagi saya, rakyat cukup bijaksana untuk membuat pilihan yang objektif. Landskap politik juga sudah berubah, tidak sama dengan landskap pilihan raya yang lalu. Pertandingannya dahulu tiga penjuru antara tiga gabungan besar, kali ini berbeza kerana ada dua gabungan sahaja.

“Jadi itu sama sekali membuat rakyat membuat pilihan yang tepat, apatah lagi saya yakin dalam pilihan raya umum yang lalu ramai masyarakat masih cuba untuk memberi peluang kepada mereka yang belum diberi peluang.

“Hari ini, rakyat sendiri merasai pilihan mereka telah buat, peluang sudah diberikan tetapi sehingga hari ini rakyat masih terbeban dengan pelbagai isu,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat Gombak Setia.

 Pada pilihan raya lalu, Muhammad Hilman memenangi DUN Gombak Setia menggunakan tiket Pakatan Harapan (PH), beliau  memenangi pertandingan tiga penjuru apabila meraih jumlah undi sebanyak 24,157.

Bagi PRN ini, Muhammad Hilman sekali lagi akan berjumpa dengan pencabarnya iaitu Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan seorang lagi calon Bebas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya