=Hidupkan semula HSR, beri penjelasan terperinci

Hidupkan semula HSR, beri penjelasan terperinci – Bekas Menteri Kerja Raya

ILUSTRASI tren Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memberi penjelasan yang lebih terperinci dan jujur berhubung keperluan menghidupkan semula projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura). 

Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, ketelusan itu penting supaya rakyat dapat membuat penilaian berdasarkan maklumat yang tepat dan menghindari persepsi negatif, selain penjelasan berhubung aspek seperti manfaat kepada negara dan rakyat Malaysia. 

“Banyak faktor yang perlu dipertimbang semula berdasarkan rundingan sebelumnya apabila projek ini dibatalkan. 

“Kebolehlaksanaan projek ini harus memberi keutamaan kepada kerjasama yang memberikan manfaat yang sewajarnya kepada Malaysia dan Singapura berdasarkan prinsip win win situation,” katanya dalam kenyataan. 

Sebelum ini media melaporkan, MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) memaklumkan pelaksanaan semula projek HSR KL-Singapura akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta tanpa menggunakan dana dan jaminan daripada kerajaan.

Justeru, Pengerusinya, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman mempelawa syarikat swasta tempatan dan luar negara yang berminat untuk menghantar cadangan konsep masing-masing kepada MyHSR.

Mohd. Zin yang juga Timbalan Pengerusi Proklamasi Orang Melayu mempersoalkan apakah projek itu dihidupkan semula setelah pembayaran pampasan kepada Singapura sebanyak USD76.25 juta atau RM 349,938,321 .00. 

Beliau juga mempersoalkan apakah kerja pembinaan akan diberikan kepada syarikat Malaysia dan apakah setiap perjalanan akan berhenti di setiap stesen serta memberikan manfaat ekonomi dari Singapura.

Selain itu, beliau berpendapat, Malaysia sepatutnya memainkan peranan utama dalam rundingan projek berkenaan kerana lebih 90 peratus infrastruktur projek berada di negara ini. 

“Malaysia seharusnya memimpin perbincangan dan rundingan kerana kesan yang paling besar termasuk kesan ekonomi akan dirasakan di Malaysia,” katanya. 

Dalam konteks kewangan, Mohd. Zin mengingatkan kerajaan tentang implikasi kos dan kerugian yang ditanggung sebelumnya akibat komitrnen tanpa penelitian yang sewajarnya. 

“Meskipun pembiayaan projek itu melalui sektor swasta memberi konsesi kepada syarikat yang dilantik tetap memberikan liabiliti kontinjen kepada negara. 

“Ia selain kos-kos lain seperti penubuhan agensi dan syarikat, kos tenaga kerja dan pentadbiran yang harus ditanggung oleh kerajaan,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau menyatakan keterbukaan untuk terus memantau perkembangan projek itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya