Heret nama Yoe Parey, masih ada yang pertikai Syahmi Sazli?

Heret nama Yoe Parey, masih ada yang pertikai Syahmi Sazli?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bukan sekali dua Cik Bunga dengar mengenai Syahmi Sazli berhubung isu ‘makan duit’ pelakon-pelakon Orang Kurang Upaya (OKU) yang juga merupakan sahabat-sahabatnya sendiri.

Kalau tak silap Cik Bunga, Syahmi pun pernah menafikan perkara itu ketika dikaitkan dengan bayaran kepada Asif sebelum ini. Tak termasuk isu Asif pula terpalit dengan kisah malang apabila bapanya didakwa menggunakan duit hasil kerjanya untuk perkara yang tidak baik.

Tup-tup, selepas Asif, nama Yoe Parey pula jadi bualan. Kononnya, perkara yang sama berulang lagi. Tambahan pula, kehidupan pengarah dan pelakon kelahiran Kelantan ini sekarang nampak semakin senang dan mewah.

Jadi ada yang dakwa, kesenangan yang diraih Syahmi itu seakan tak seimbang dengan Yoe Parey dan Asif yang kelihatan masih sama macam dulu. Tak sesenang Syahmi lah. Itu kata orang.

Namun, bagi Cik Bunga, kenapa pula nak tuduh Syahmi begitu sedangkan semua tahu, Syahmi dan isterinya menjalankan perniagaan lain bukan setakat tumpu pada produksi semata-mata.

Kalau kehidupan mereka suami isteri dikurniakan kesenangan, apa masalahnya? Bagi Cik Bunga itu semua hasil tuaian mereka sendiri, usaha sendiri. Tak baik fitnah Syahmi sebegitu hanya kerana nampak hidup dia senang sekarang.

Kadang-kadang Cik Bunga tak faham juga dengan orang kita ini. Mudah sangat nak buat andaian. Hasad dengki pun iya. Tak boleh tengok orang senang atau lebih sikit daripada dia, mulalah panjang akal nak buat cerita tak betul.

Cik Bunga doakan apa yang diusahakan oleh Syahmi terus sukses. Kalau ada peluang ke Kelantan, teringin juga Cik Bunga nak singgah rasa air balang jualan Syahmi itu. Dengarnya laku keras di sana ya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya