Hentikan syarat sokong politik untuk dapat bantuan - Utusan Malaysia

Hentikan syarat sokong politik untuk dapat bantuan

Politik
AHMAD Samsuri Mokhtar menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia 2.0 di Shah Alam Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) mahu menghentikan syarat sokongan politik seperti menyokong parti tertentu untuk mendapatkan biasiswa dan kemasukan anak-anak ke sekolah berasrama penuh terus membelenggu masyarakat.

Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, budaya tersebut perlu dihentikan dan permainan politik perlu dihadkan kepada tempoh pilihan raya dan tidak berterusan sehingga mengganggu urusan diluar kaitannya.

“Kerana apa yang jadi sebelum ini, mungkin tak berlaku di negeri lain tetapi berlaku di negeri saya (Terengganu), orang tak dapat biasiswa bila hendak mohon biasisiwa kerana apa, hendak dapat biasiswa kena tanda tangan daripada Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK).

“Pergi JKKK dia tanya, orang apa, Pas, keluarga Pas? Kalau tak, tak tanda tangan. Itu berlaku dalam masyarakat menyebabkan orang yang ada keluarga berdepan keadaan begini rasa apa, mereka rasa apa geram, marah kemudian perkara ringan begitu berkembang menjadi bahan politik seteru dalam masyarakat,” katanya pada Konvensyen Profesional Malaysia 2.0, hari ini.

Bendahari Agugn PN itu menambah, perkara negatif sebegitu jika berterusan berlaku akan menjadi kitaran ganas yang menyebabkan tindakan berpolitik tanpa berkesudahan sehingga tiada perkara baik boleh dimanfaatkan.

“Di England misalnya sama ada kamu konservatif, buruh atau demokrat, ia tidak memberi kesan kepada urusan perniagaan, anak-anak hendak minta masuk ke sekolah berasrama penuh, tak ada gangguan. 

“Tetapi di negeri-negeri di seperti ini berlaku, saya tak mahu ia berlaku. Saya selalu tekankan kepada wakil rakyat dan pegawai supaya bantuan-bantuan itu diberi tak kiralah kepada parti mana sekalipun, saya katakan secara terbuka di Terengganu, kalau mereka layak kerana kesusahan mereka, kena beri,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya