Harry Styles mangsa terbaru keganasan penonton konsert - Utusan Malaysia

Harry Styles mangsa terbaru keganasan penonton konsert

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Penyanyi, Harry Styles, 29, cemas apabila terkena objek berbahaya yang dibaling penonton ketika penyanyi itu membuat persembahan sempena konsertnya yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Kejadian yang berlaku hujung minggu lepas itu dirakam peminat dan tular di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, Styles dilihat menahan kesakitan berjalan meluru ke belakang pentas sambil menutup matanya.

Tiada tangkapan dibuat dan sehingga kini tiada pihak yang dapat mengesahkan jenis objek yang dibaling ke arah penyanyi berkenaan.

Insiden tersebut bukan yang pertama berlaku kepada Styles. Sebelum ini dia pernah dibaling sejambak bunga dan botol plastik yang hampir mengenai organ sulitnya.

Selain Style, beberapa penyanyi antarabangsa turut menjadi mangsa keganasan penonton konsert antaranya penyanyi rap, Drake, Bebe Rexha, Pink, Ava Max dan ramai lagi.

Insiden yang dilihat seperti trend yang semakin menjadi-jadi itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan ramai penyanyi terutamanya yang sering terlibat dengan konsert dan persembahan pentas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya