Hari pengundian PRK Kuala Terengganu 12 Ogos, serentak PRN 6 negeri

Hari pengundian PRK Kuala Terengganu 12 Ogos, serentak PRN 6 negeri

ABDUL GHANI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu serentak dengan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 ogos ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada tarikh sama iaitu 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos ini.

Beliau berkata, sejumlah 123,575 pemilih terlibat bagi PRK ini melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM465,000.

“Bagi menjalankan proses PRK ini, SPR melantik seorang pegawai pengurus pilihan raya dibantu 19 penolong pengurus.

“Bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh kempen, SPR menubuhkan empat penguat kuasa pilihan raya yang turut dianggotai wakil polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil- wakil calon bertanding,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat khas SPR di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya