Hamzah dakwa bekas pemimpin UMNO sertai PN - Utusan Malaysia

Hamzah dakwa bekas pemimpin UMNO sertai PN

HAMZAH Zainuddin (tengah) menerima borang keahlian menyertai Bersatu daripada bekas Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Faizul Arby Mohd. Shohor (dua dari kanan) dan Ketua UMNO Cawangan Batu 6 Selama, Sayuti Hussin (dua dari kiri) di Selama semalam. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Perikatan Nasional (PN) akan membuat pengumuman mengenai beberapa bekas pemimpin tertinggi UMNO yang menyertai parti itu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ramai dalam kalangan bekas ahli dan pemimpin UMNO yang mula sedar dan mengambil langkah untuk bersama -sama dengan PN khususnya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Hari ini pertama kali kita mengumumkan tentang kemasukan mereka untuk bersama-sama dengan kita.

“Kita sedang mencari tempat dan masa yang sesuai untuk membuat pengumuman secara rasmi dan kita akan adakan satu majlis khas berkenaan perkara itu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis makan malam bersama beliau sebagai Ahli Parlimen Larut di Dewan Permai Selama dekat sini semalam.

Pada majlis tersebut beberapa bekas pemimpin UMNO Bahagian Larut menyerahkan borang keahlian menyertai Bersatu.

Sementara itu, Hamzah berkata, selain daripada UMNO, ramai bekas pemimpin muda MIC termasuk P. Punithan yang meletak jawatan Ketua Pemuda MIC Selangor pada Jun lalu telah menyertai Bersatu.

“Dengan penyertaan  bekas Ketua Pemuda MIC Selangor ini, PN telah tubuhkan satu jawatankuasa khas  masyarakat India untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi komuniti itu di peringkat akar umbi.

“Jawatankuasa itu akan turun ke bawah berjumpa dengan masyarakat India dan memaklumkan secara spesifik supaya masyarakat India tahu mereka tidak dipinggirkan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Hamzah berkata, PN akan menggempur habis-habisan tiga buah negeri yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) khususnya di Pulau Pinang.

“Kita mampu untuk mengambil alih Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang. Ada strategi-strategi tertentu yang akan kita gunakan, contohnya menerusi calon yang kita ketengahkan nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya