PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan hala tuju ekonomi negara yang dikenali sebagai ‘Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat’, esok.
Berkongsikan perkara itu di laman Facebook miliknya, Anwar berkata, dasar tersebut adalah hala tuju baharu kerajaan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang.
“Esok saya akan meluncurkan “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat” yang merupakan pengemudian dan pengarahan baharu ekonomi untuk menjamin masa depan negara. Nantikan, insya-Allah,” katanya.
Berdasarkan poster yang turut dimuat naik Perdana Menteri, majlis tersebut akan diadakan pada pukul 9 pagi esok di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Kuala Lumpur. – UTUSAN