'Hairan mahu bersama haramkan UMNO'

‘Hairan mahu bersama haramkan UMNO’

ANWAR Ibrahim dan Ahmad Zahid menghadiri program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor yang berlangsung di Laman Niaga Bandar Baru Bangi.- UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hairan dengan segelintir bekas pemimpin UMNO yang masih mahu bersama dengan pihak yang ingin mengharamkan parti itu.

Kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, beliau tidak bersetuju dengan tindakan dua pimpinan kerajaan terdahulu terhadap usaha mengharamkan UMNO yang tidak seharusnya berlaku.

“Masa berkuasa, sita akaun UMNO, tetapi kini marah akaun mereka disita.

“Tetapi ada orang UMNO suka sangat dengan mereka,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Selangor di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid mendedahkan cubaan untuk mengharamkan UMNO pada suatu ketika ini pernah digagalkan seseorang.

Namun Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak mendedahkan identiti sebenar ‘seseorang’ yang beliau maksudkan itu.

Perkara itu didakwa berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya