Hafidz Roshdi belum nak kahwin lagi, hanya kawan rapat - Utusan Malaysia

Hafidz Roshdi belum nak kahwin lagi, hanya kawan rapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon Hafidz Roshdi, 29, menafikan khabar angin bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya, Athirah Yuhada.

Pelakon Tundukkan Playboy Itu menegaskan dia dan Athirah hanya berkawan rapat dan belum membuat apa-apa persediaan untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam masa terdekat.

“Tiada apa-apa sekarang ini. Kami sekarang hanya kawan. Masa hadapan biarlah Allah yang menentukan.

“Saya belum berkahwin lagi. Relaks dulu. Dan persiapan pun tiada. Nanti kalau ada saya umumkan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.

Sebelum ini, pelakon itu pernah berjanji untuk membuat pengesahan berhubung status hubungannya bersama Athirah Yuhada selepas bercerai ketika ditanya media di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu Jun lalu.

Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengesahkan lafaz cerai talak satu yang dibuat pelakon Hafidz Roshdi terhadap isterinya Shuhada secara lisan pada 22 Februari lalu adalah sah dan mengikut hukum syarak.

Dengan itu, Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin mensabitkan berlaku penceraian talak satu yang mana keputusan itu dibuat selepas mahkamah telah meneliti permohonan dan keterangan daripada kedua-dua belah pihak dalam perbicaraan sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya