Guru jadi petugas SPR siap siaga hadapi enam PRN - Utusan Malaysia

Guru jadi petugas SPR siap siaga hadapi enam PRN

Guru SPR
FADHLINA Sidek ditemui pemberita selepas merasmikan Perpustakaan Peringatan Siddiq Fadzil Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya, Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN /  M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Semua guru sekolah yang dilantik menjadi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersiap siaga sepenuhnya menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya sudah menyelesaikan semua urusan berkaitan pilihan raya dengan SPR yang merupakan prosedur biasa dilalui setiap kali berlaku pilihan raya.

“Kita sudah selesaikan semuanya dengan SPR terutama berkaitan jumlah guru dan sekolah yang bakal digunakan kelak.

“Apa yang penting kita memang sudah siap sedia sepenuhnya dan pegumuman lanjut akan dibuat secara berperingkat nanti,” katanya selepas merasmikan Perpustakaan Peringatan Siddiq Fadzil di Universiti Selangor (Unisel), hari ini.

Pada 13 Jun lalu, Utusan Malaysia melaporkan Kementerian Pendidikan (KPM)  mengesahkan semua sekolah di enam negeri  bersedia dijadikan sebagai pusat mengundi bagi PRN.

Persediaan itu turut merangkumi kerjasama KPM dengan SPR seperti yang dilakukan setiap kali pilihan raya berlangsung di negara ini.

Jelas Fadhlina, jumlah sebenar sekolah yang akan dijadikan sebagai pusat mengundi turut akan ditentukan KPM nanti sementara guru sekolah menengah dan rendah juga sudah diberikan taklimat oleh SPR.

“Namun, apa yang pasti jumlah itu pastinya akan lebih sedikit daripada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. Situasi PRN memang berbeza biarpun melibatkan enam negeri namun semua sekolah sudah bersedia untuk digunakan kelak,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya