Graduan digalak ceburi industri minyak, gas, petrokimia

Graduan digalak ceburi industri minyak, gas, petrokimia

SEBAHAGIAN pencari kerja menjalani temuduga terbuka sempena Perasmian Mega Gerak Kerjaya My Future Jobs Johor 2023 di Stadium Arena Larkin, Johor Bahru, hari ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Graduan digalakkan menceburi industri hiliran minyak dan gas serta industri petrokimia bagi menampung kekurangan kira-kira 20,000 tenaga kerja mahir dalam sektor tersebut di negara ini.

Pemangku Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC), Izhar Hifnei Ismail berkata, kekurangan tenaga kerja itu membabitkan pelbagai bidang dalam industri tersebut seperti pemulihan loji (plant turnaround) dan bidang penyelenggaraan.

Katanya,bagi mengisi kekosongan itu, JPDC menyediakan program-program latihan peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula seperti Program Kemahiran Minyak dan Gas (SOGA) yang menawarkan 45 kursus teknikal berkaitan.

“Program latihan dan kemahiran itu membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, pengurusan keselamatan dan pengurusan tenaga, yang mana kesemuanya merupakan kerja-kerja penting bagi memastikan kelancaran operasi loji-loji di Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC).

“Kekurangan tenaga kerja mahir ini mungkin disebabkan orang ramai tidak berapa tahu atau faham mengenai potensi penjawatan ini serta di mana untuk mendapatkan latihan kemahiran berkaitan industri ini.

“Bidang kerja ini mempunyai pasaran kerja yang luas dan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di luar negara antaranya Singapura, Indonesia, Vietnam, China, Kanada dan Amerika Syarikat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Mega Gerak Kerjaya MyFutureJobs Johor 2023, di sini hari ini.

Mega Gerak Kerjaya MyFutureJobs Johor 2023 yang berlangsung selama dua hari sehingga esok disertai 11 syarikat yang bergiat dalam kerja-kerja berkaitan industri hiliran minyak dan gas serta industri petrokimia menyertai acara tersebut.

Dianggarkan sebanyak 300 peluang pekerjaan termasuk syarikat Malaysia Marine Heavy Engineering Sdn. Bhd., Lotte Chemical Titan (M) Sdn. Bhd., Cenviro Sdn. Bhd., Elektro Serve (M) Sdn. Bhd. dan Global Facilities Management Sdn. Bhd.. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya