Ghapur Salleh meninggal dunia

Ghapur Salleh meninggal dunia

ABDUL GHAPUR SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, 80, meninggal dunia kira-kira pukul 12.07 pagi ini.

Allahyarham menjadi ahli Parlimen bagi kerusi Kalabakan sejak 2004 sehingga 2018. 

Sepanjang menjadi Ahli Parlimen, Allahyarham pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan.

Ahli politik veteran UMNO ini adalah bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan bekas Ketua UMNO Kalabakan.

Anak perempuan Allahyarham, Noraini Abdul Ghapur memaklumkan jenazah ayahnya akan disembahyangkan di Majid Jamek Kampung Likas di sini.

Allahyarham akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Likas kira-kira pukul 10 pagi ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya