Gandingan Beto dan Yayan bangkit memori filem Mat Kilau - Utusan Malaysia

Gandingan Beto dan Yayan bangkit memori filem Mat Kilau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selepas menampilkan pelawak dan pengacara Big Stage dari seberang, Rina Nose bersama bakat cilik tempatan, Adik Haziq, jenama Pak Mat Western kini menyusun strategi baharu menerusi gandingan pelakon hebat, Yayan Ruhian dan Beto Kusyairy.

Bagaimanapun, gandingan itu bukanlah untuk menjayakan sebuahg naskhah filem, sebaliknya kerjasama itu menyaksikan Beto dan Yayan beraksi untuk kempen jenama Pak Mat Western (PMW) sempena pelancaran Pek Murahdani.

Perkara itu dikongsikan oleh Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani yang tidak menolak bahawa gandingan dua aktor hebat tersebut seumpama mengembalikan semula memori fenomena filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan yang diarahkan oleh Syamsul Yusof sebelum ini.

“Persetujuan dicapai oleh kedua- dua artis yang bukan lagi asing sesama mereka. Penggambaran dibuat di sebuah kediaman di Petaling Jaya minggu lalu mengambil tempoh 10 jam.

“Kita juga lihat gabungan dua bakat hebat dua negara ini bukti jenama bumiputera seperti kami tak lupa meraikan mereka yang benar-benar hebat.

“Yayan sendiri bukan pelakon calang-calang. Dia sudah membintangi banyak filem Hollywood. Yayan paling diingati menerusi wataknya sebagai Tasu Leech dan filem ikonik Star Wars: The Force Awakens. Beliau turut membintangi filem John Wick: Chapter 3, Beyond Skyline, sekuel The Raid, Yakuza Apocalypse, dan lain-lain.

“Dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, watak antagonis Toga terus diingati. Beto pula umum tahu, dia seorang pelakon berjiwa besar dan setiap kemunculannya pasti ditunggu,” katanya.

Jelas Nurina Izz lagi, menyatukan dua nama besar itu juga menjadi kebanggaan pihaknya.

“Ada yang anggap gandingan dua bakat serumpun itu sebagai isyarat PMW akan tembus ke negara jiran. Jika ia menjadi kenyataan, sudah tentu kami pasti teruja.

“Namun, sejujurnya, belum ada perancangan ke arah itu dalam masa terdekat. Tapi kami anggap ia permulaan untuk kami terus terbang tinggi selepas lebih empat tahun memperkenalkan makanan sejuk beku.

“Paling utama, kami mahu terus mengukuhkan legasi jenama makanan ini yang terkenal dengan tagline Citarasa Hotel, Harga Warong. Kita mahu sajikan hidangan makanan enak tanpa mengira kasta, kaum dan pangkat,” katanya.

Sebelum ini jenama berkenaan kerap menampilkan artis dan personaliti termasuk Beto, Lisa Surihani, Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila, Bell Ngasri dan ramai lagi.

Terdahulu video iklan berlatar belakang sekitar era tahun 1980-an menampilkan Yayan dan Beto dilancarkan enam petang tadi di YouTube, Facebook, Instagram dan akaun media sosial rasmi PMW.

Video yang sama turut dimuat naik oleh kedua-dua aktor berkenaan di platform media sosial masing-masing.

Menerusi video aksi dan komedi dimuat naik itu, Yayan digambarkan sebagai watak hero. Manakala, Beto pula sebagai antagonis menjadi gangster.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya