Galak, giatkan kempen beli barangan ‘buatan Malaysia’ - Utusan Malaysia

Galak, giatkan kempen beli barangan ‘buatan Malaysia’

Grafik nilai import makanan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu segera menggiatkan kempen galakkan membeli produk dan barangan tempatan bagi me­ngurangkan kebergantungan kepada produk import.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Badari berkata, kebergantungan terlalu tinggi kepada produk import mengakibatkan negara mudah terkesan apabila nilai ringgit merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Kesan akibat kebergantungan kepada pasaran import itu, jelas Barjoyai, menjadi faktor meng­akibatkan harga barangan terutama makanan sentiasa naik kerana ia diimport menggunakan mata wang dolar AS.

“Malaysia terlalu bergantung kepada import, misalnya dari segi keselamatan makanan, hari ini kita masih mengimport hampir RM65 bilion setiap tahun barang makanan.

“Beras yang kita makan setiap hari, 30 peratus diimport. Susu, hampir 80 peratus diimport. Daging pun hampir 80 peratus kita import,” katanya di sini.

Pada 29 Mac lalu, Utusan Malaysia melaporkan nilai import makanan negara boleh mence­cah sehingga RM100 bilion men­jelang 2025 berdasarkan statistik dan trend semasa antaranya di­sebabkan permintaan dalam negara melebihi penawaran.

Mengikut laporan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, RM75.54 bilion import makanan dicatatkan tahun lalu, berbanding RM63.59 bilion pada 2021, iaitu peningkatan sebanyak 18.7 peratus manakala RM55.4 bilion dica­tatkan 2020.

Mengulas perkara itu, Barjoyai mencadangkan agar kerajaan menggiatkan kempen memartabatkan produk tempatan berbanding produk luar negara.

“Sebab isi rumah di Malaysia sekarang ini sudah terlalu bergantung kepada produk import seolah-olah mengabaikan produk dan barangan tempatan.

“Kita sudah terlalu lama terdedah dengan sistem ekonomi terbuka. Pelanggan kita suka makan barangan import sebab ia mudah diperoleh.

“Misalnya kita lebih suka makan anggur berbanding jambu. Kita lebih suka makan sayuran import berbanding sayur kangkung. Kita lebih suka makan di restoran makanan segera berbanding sate contohnya,” jelasnya.

Kebergantungan terlalu tinggi kepada import mendorong berlaku inflasi import setiap kali nilai ringgit melemah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya