Finas enggan ulas isu kutipan mengecewakan filem Vik2ria Secret - Utusan Malaysia

Finas enggan ulas isu kutipan mengecewakan filem Vik2ria Secret

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) enggan mengulas lanjut mengenai isu kutipan filem Vik2ria Secret yang menerima Dana Kandungan Digital berjumlah RM550,000.

Sepanjang dua minggu filem arahan AR Badul itu ditayangkan, Vik2ria Secret yang menelan belanja keseluruhan RM1.05 juta itu sekadar meraih RM5,058.90 dengan jumlah tontonan di pawagam sekitar 346 orang.

“Buat masa ini Finas tiada apa-apa kenyataan mengenai perkara tersebut.

“Sedang dalam tindakan kami,” respons ringkas Rozita Waty Ridzuan, Pemangku Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ketika dihubungi Utusan Malaysia  baru-baru ini.

Terdahulu, filem Vik2Ria Secret mencuri tumpuan apabila warganet mempersoalkan mutu dan hasil naskhah yang dianggap kurang memuaskan walaupun menerima bantuan dana daripada kerajaan.

Bukan itu sahaja, Finas juga tidak terlepas menerima kritikan apabila dianggap sambil lewa dalam menyaring penerima dana.

“Kalau 300 lebih sahaja penonton, maksudnya yang datang tayangan perdana sahajakah?” soal satu pengguna di laman sosial.

“Macam mana Finas menentukan siapa yang layak menerima dana dan macam mana filem Vik2ria ini boleh lulus kriteria penerima dana?” tanya pengguna yang lain.

“Dana banyak, tapi poster pun macam budak intern yang buat. Tak tahu nak marah ke apa,” komen pelakon Nadhir Nasar.

Vik2ria Secret atau tajuk asalnya Bra Merah yang memaparkan cerita dan rahsia ‘dalam kain’ wanita ditayangkan di pawagam bermula 15 Jun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya