Empat lelaki ditahan bersama 1,000 biji pil yaba

Empat lelaki ditahan bersama 1,000 biji pil yaba

POLIS merampas 1,000 biji pil yaba atau pil kuda dan air ketum di sebuah premis memproses ayam di Felda Chiku 1, Gua Musang, Kelantan, Selasa lalu. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Polis menahan empat lelaki dan merampas 1,000 biji pil yaba atau pil kuda bernilai RM11,100 dalam serbuan di sebuah premis di Felda Chiku 1 di sini, Selasa lalu.

Semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan dalam serbuan pukul 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lapan bungkusan plastik serta satu botol air ketum dengan anggaran isi padu 2.4 liter dan 0.3 liter.

Katanya, hasil semakan yang dilakukan mendapati semua suspek mempunyai rekod lampau berkait kesalahan dadah.

“Saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Choon Foo memberitahu, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Selasa ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya